Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

55 pendatang ditahan



SHAH ALAM – Seramai 55 individu termasuk 17 wanita ditahan dalam operasi membanteras pendatang asing di sekitar Selangor, kira-kira jam 5 petang, kelmarin. 

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Imigresen Selangor itu, semua yang ditahan adalah warganegara India, Pakistan, Indonesia dan Nigeria . 

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Johari Supardi berkata, operasi dijalankan selama tujuh jam itu mensasarkan lokasi yang menjadi tumpuan pendatang haram di sekitar Petaling Jaya di premis makanan, gerai dan premis kediaman. 

Katanya, pihaknya menggunakan taktik penyamaran supaya kehadiran mereka gagal dihidu. 

“Ketika operasi, ada individu yang cuba melarikan diri dan menyorok tetapi dipatahkan kerana kami bersiap sedia mengepung. 

“Hasil pemeriksaan mendapati, pendatang itu melakukan kesalahan bekerja tanpa permit, tiada dokumen perjalanan dan tinggal lebih masa,” katanya.

No comments:

Post a Comment