Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

500 tidak boleh masuk Malaysia

PELABUHAN KLANG: Lebih 500 warga Indonesia yang memasuki negara ini melalui Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Selatan, di sini, dilarang memasuki negara sejak 27 September lalu selepas didapati tidak memiliki tiket perjalanan balik seperti disyaratkan.
Tindakan itu dibuat selepas Jabatan Imigresen menugaskan 20 pegawai baru di jeti itu dalam usaha menepis dakwaan kononnya unsur rasuah membabitkan pegawai Imigresen masih berleluasa di lokasi berkenaan.
Sumber Harian Metro memaklumkan, pengurusan kanan jabatan berkenaan sudah menempatkan kira-kira 20 pegawai baru menggantikan organisasi lama yang bertugas di pelabuhan berkenaan pada 29 September lalu.

Wartawan Harian Metro yang menyamar di jeti berkenaan bagi mendapatkan bukti penjelasan berkenaan terbukti benar selepas setiap pintu keluar dan masuk dari jeti berkenaan dikawal ketat pegawai Imigresen.

No comments:

Post a Comment