Search This Blog

Friday, October 15, 2010

4 disyaki konco Noordin Mat Top dibicara

sumber

JAKARTA 14 Okt. - Tiga lelaki yang disyaki menganggotai rangkaian militan Noordin Mat Top dibicarakan hari ini atas tuduhan terlibat dalam serangan bom di dua hotel mewah di ibu negara Indonesia ini pada tahun lepas.
Bayu Seno alias Tono boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah atas tuduhan memasang bom-bom yang digunakan dalam serangan di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton pada 17 Julai lalu, yang meragut tujuh nyawa.
"Dia membantu kegiatan keganasan dan menimbulkan suasana takut yang meluas," kata Pendakwa Raya, Kiki Ahmad Yani di mahkamah daerah Jakarta Barat.
Bayu juga membantu membeli dan mengangkut bahan letupan yang hendak digunakan dalam komplot untuk membunuh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, katanya.
Dua pengebom berani mati yang membawa beg galas berisi bom buatan sendiri meletupkan diri di hotel-hotel terbabit pada Julai lalu, empat tahun selepas serangan terakhir yang didakwa didalangi Noordin dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI).
Dalam perbicaraan berasingan, Pandu Wicaksono dituduh menyembunyikan Noordin di rumahnya di daerah Surakarta, Jawa Tengah pada Jun 2009.
Seorang lagi suspek, Suramto dibicarakan atas tuduhan merekrut seorang daripada pengebom berani mati itu dan membeli bahan letupan yang digunakan dalam serangan di hotel-hotel terbabit.
Kedua-duanya juga boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Noordin terbunuh dalam serbuan polis Indonesia pada September lalu, sekali gus menamatkan gerakan pemburuan militan terbesar di Asia Tenggara. - AFP

No comments:

Post a Comment