Search This Blog

Friday, October 15, 2010

30 pelatih Rela dimasukkan ke Hospital Tuaran akibat cirit-birit




2010/10/15

TUARAN: Lebih 30 daripada 200 pelatih Rela yang menjalani latihan seminggu di Pusat Latihan Rela di sini, mengalami sakit perut dan cirit-birit selepas menikmati sarapan di pusat itu, pagi tadi. 

Pelatih membabitkan penuntut beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) yang sedang bercuti dan dipilih Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dari 25 daerah di Sabah mengikuti latihan lasak itu.Mereka dihantar ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan.

No comments:

Post a Comment