Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

200 polis Johor kena tindakan tatatertib



JOHOR BAHRU 5 Okt. - Seramai 200 anggota dan pegawai polis negeri ini telah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun ini selepas didapati bersalah kerana melakukan pelbagai kesalahan disiplin.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, tindakan tatatertib itu diambil selari dengan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mahu semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) memiliki tahap disiplin dan integriti tinggi.
Beliau berkata, selain digantung tugas dan diturunkan pangkat, ada juga di kalangan anggota serta pegawai polis yang bermasalah telah dilucutkan jawatan mereka serta merta.
"Polis negeri tidak mahu orang-orang macam ini, dan kami tidak bertolak ansur terhadap mana-mana anggota polis yang bermasalah.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan sekiranya didapati mereka benar-benar bersalah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar berkata, jumlah mereka yang bermasalah itu bagaimanapun dianggap masih kecil berbanding lebih 8,000 anggota polis berkhidmat di kontinjen tersebu

No comments:

Post a Comment