Search This Blog

Friday, October 15, 2010

2 mengaku salah lupus bahan bukti kes bunuh Sosilawati



PEKERJA ladang, U Suresh, 26, (tengah) dan K Saravanan, 19, (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, pagi ini untuk didakwa berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dekat Ladang Gadong Tanjung Sepat, dua bulan lalu. Mereka mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan bahan bukti kes pembunuhan itu dan dikenakan penjara tujuh tahun setiap seorang. - Foto Rosdan Wahid

2010/10/15

KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain. 

Kelmarin, seorang peguam, N. Pathmanabhan didakwa di mahkamah sama dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Semua mereka juga didakwa membunuh pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38.
Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat. 

No comments:

Post a Comment