Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

18 terbunuh dalam kemalangan



WARSAW - Seramai 18 pekerja ladang terkorban manakala seorang terselamat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Poland Tengah, awal pagi semalam.: 

Jurucakap polis daerah, Magdalena Siczek-Zalewska berkata, kejadian itu berlaku di jalan berhampiran Nowe Miasto yang terletak 80 kilometer di bahagian selatan Warsaw. 

Menurutnya, kesemua mangsa yang maut adalah penumpang bas mini :Volkswagen: yang melebihi muatan dan digunakan untuk membawa pekerja ke salah satu ladang di kawasan itu yang mengeluarkan hasil pertanian terbaik seperti epal dan plum di Poland. 

Pemandu lori tersebut hanya cedera ringan manakala dua orang penumpang yang terselamat dalam kemalangan itu cedera parah dan dibawa ke hospital tetapi salah seorang daripadanya meninggal dunia tidak lama selepas itu. 

"Bas mini itu terbabas ke arah bertentangan dan bertembung dengan lori tersebut dan polis masih menyiasat punca kejadian," katanya.

No comments:

Post a Comment