Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Zaid akui dakwaan jawatan Presiden hanya boneka


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) 'mengiakan' dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan presiden dalam parti itu hanyalah jawatan boneka kerana dakwanya ada pihak lain yang lebih berkuasa.
Zaid berkata, dalam PKR, presiden selaku orang nombor satu tidak mempunyai kuasa seperti sepatutnya kerana terdapat pihak yang lebih berkuasa iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dalam PKR, jawatan nombor satu pun tak ada kuasa seperti ketua umum, iaitu jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham mengapa riuh rendah pasal jawatan nombor dua (timbalan presiden) ini," katanya dalam blognya, http://www. zaiduntukrakyat.com.
Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah boneka kerana Anwar dilihat lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju parti tersebut sehingga beliau kelihatan terpinggir.
Pada masa yang sama Wan Azizah juga didakwa gagal mengawal parti dan tindak-tanduk Naib Presiden, Azmin Ali, yang dilihat begitu berkuasa kerana mendapat sokongan daripada Anwar.
Mengenai dakwaan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud bahawa parti itu kini dimasuki 'musuh', beliau berkata, gelaran itu dilabel kepada calon yang tidak direstui.
Katanya, beliau sengaja dijadikan 'kambing hitam' hanya selepas mengumum mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini kosong selepas penyandangnya Dr. Syed Husin Ali mengumumkan tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Sehubungan itu, beliau menyelar pihak tertentu yang menuduh dirinya dibiayai oleh seorang ahli perniagaan bagi tujuan menghancurkan parti tersebut, sedangkan dakwa Zaid, beberapa pemimpin kanan PKR termasuk Anwar juga berkawan rapat dengan tokoh peniagaan itu.
"Saya tidak perlu dibiaya oleh beliau atau pun orang lain. Lagipun jawatan timbalan presiden itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor dua dalam politik Malaysia, hanya untuk terkenal dan nama saja, tidak berkuasa sangat pun," ujarnya.

No comments:

Post a Comment