Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Tujuh warga asing di culik di zon perlombongan Nigeria


17/09/2010 2:38am

NIAMEY 17 Sept. - Tujuh warga asing termasuk lima rakyat Perancis telah diculik di zon perlombongan uranium di Utara Nigeria semalam.
Penculikan yang termasuk ke atas seorang pekerja warga Perancis yang berkhidmat dengan firma nuklear, Areva dan isterinya, menimbulkan persoalan terhadap keselamatan pekerja-pekerja lombong di kawasan itu, di mana beberapa kumpulan yang mempunyai kaitan dengan sayap al-Qaeda beroperasi di Afrika Utara.
Lima lagi yang diculik berkhidmat dengan syarikat Vinci, di mana syarikat subsidiarinya bertindak sebagai kontraktor di kawasan ini. - REUTERS

No comments:

Post a Comment