Search This Blog

Saturday, September 25, 2010

Tentera gemuk Singapura diarah kuruskan badan



SINGAPURA - Askar-askar Singapura yang memiliki berat badan berlebihan diarah menguruskan badan atau berdepan risiko disingkirkan, lapor akhbar The Straits Times semalam.
Askar-askar tentera darat, laut dan udara yang obes telah menerima surat sejak awal tahun ini daripada pihak pengurusan Tentera Bersenjata Singapura (SAF).
Pihak SAF menggesa askar-askar gemuk mengurangkan sekurang-kurangnya 10 peratus berat badan mereka dalam tempoh setahun.
Jika gagal, mereka akan diberi amaran dan perlu menguruskan badan dalam tempoh tiga tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment