Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Suami isteri maut nahas

BENTONG: Perjalanan pulang sepasang suami isteri yang baru selesai menziarah rumah saudara-mara di Kelantan sempena Aidilfitri ke ibu negara, berakhir tragedi apabila mereka terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan dua kenderaan lain di Kilometer 12, Jalan Bentong-Raub, berhampiran persimpangan Felda Mempaga, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa, Jamaludin Zakaria, 53, dan isteri, Masniah Zakaria, 55, dari Jalan Permai Sungai Besi, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian.
Anak mangsa, Mohd Azizul Jamaludin, 17, pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur pula hanya cedera ringan dan masih dirawat di Hospital Bentong.

Turut cedera, pemandu dan penumpang Proton Gen-2 berusia lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu Proton Iswara dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kelantan dipercayai terbabas ke kanan jalan lalu memasuki laluan bertentangan.

No comments:

Post a Comment