Search This Blog

Friday, September 10, 2010

Seorang maut, 11 cedera nahas 5 kereta





2010/09/10

KOTA TINGGI: Seorang lelaki terbunuh, manakala 11 lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 27, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Izuan Neezam Ahmad, 24, beralamat di FELDA Bukit Aping Barat di sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Johor Bahru sebelum dipercayai dirempuh sebuah Proton Saga dari arah bertentangan.
Akibat rempuhan itu, tiga lagi kereta gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar kereta mangsa bagaimanapun pemandu dan penumpang kenderaan terbabit hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata mangsa yang memandu kereta ditemani bapanya, Ahmad Ghani, 66, yang hanya cedera di kaki. 

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan anggota badan.

No comments:

Post a Comment