Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Sebuah rumah, kereta dan motosikal musnah dalam kebakaran

BESUT: Sebuah rumah bersama sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah motosikal musnah dalam satu kebakaran di Kampung Alur Lintang dekat sini, pagi tadi.
Kejadian pada kira-kira jam 6.15 pagi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas, dan kebakaran itu hanya disedari pemilik rumat selepas dikejutkan oleh jiran berdekatan yang melihat kejadian itu. Penghuni rumah itu, Fatimah Mat Ali, 70, berkata semasa kejadian dia bersama empat anaknya sedang tidur di sebuah lagi rumahnya yang terletak di sebelah rumah itu.
"Kami dikejutkan jiran yang menjerit dan mengetuk dinding rumah kami, yang beritahu rumah sebelah sedang terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan anaknya Sabri Hussin, 29, yang baru balik dari Perlis tidak sempat menyelamatkan keretanya yang diletakkan di ruang hadapan rumah yang terbakar itu.

Fatimah berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja yang tiba kemudiannya juga gagal menyelamatkan rumahnya itu daripada hangus dijilat api.

Walaupun terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan kira-kira RM70,000 akibat kemusnahan rumah, kereta, motosikal dan peralatan elektrik serta perabot rumah itu, Fatimah tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.-Bernama

No comments:

Post a Comment