Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Rooney melutut

LONDON: Ayam tambatan England, Wayne Rooney, berlepas ke Switzerland, semalam, selepas merayu kepada isterinya, Coleen, supaya dimaafkan kerana meniduri pelacur.


GELABAH...Rooney dilaporkan amat bimbang perkahwinannya dengan Coleen (gambar kecil) tidak mampu bertahan lama.
GELABAH...Rooney dilaporkan amat bimbang perkahwinannya dengan Coleen (gambar kecil) tidak mampu bertahan lama.

Rooney berlepas dengan rakan sepasukannya menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Luton, pagi semalam.
Dia juga menyedari terpaksa membayar harga amat besar atas kecurangannya selepas menghubungi Coleen yang jelas amat sedih dengan perbuatannya itu.

Rooney, 24, mengadakan hubungan seks dengan Jennifer Thompson, 21, ketika Coleen, 24, hamil anak sulung mereka.

Apabila kecurangan itu didedahkan kelmarin, Coleen bergegas pulang menemui ibunya, manakala Rooney dilaporkan kesal dan berharap rumah tangganya tidak berantakan selepas ini.

Sumber berkata, Rooney mengadu masalah kepada rakannya dan akan melakukan apa saja demi menyelamatkan perkahwinannya.

Penyerang kelab Manchester United itu juga dilabel keluarganya sebagai ‘amat memalukan’ kerana kebuasannya dengan pelacur terbabit.

Rooney berlepas ke Switzerland untuk membantu skuad England menempah tempat dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah - dikenali sebagai Euro 2012 - tahun depan.

Sebelum ini, Coleen beberapa kali mempertahankan Rooney ketika penyerang England dan MU itu berdepan masalah.

Namun, kata sumber, kali ini Coleen menganggap suaminya melampaui batasan dan akan memulakan langkah awal bagi menamatkan perkahwinan mereka.

Ia juga mungkin menyebabkan Rooney kehilangan harta beratus juta ringgit.
Malam kelmarin, sumber berkata, Rooney mengakui isterinya mengesyaki kebuasan itu tidak terhad kepada Jennifer semata-mata.

“Coleen bimbang ada ramai lagi pelacur tampil membuat pengakuan,” katanya.

Sementara itu, sepupu Rooney, Natalie, 21, berkata perbuatan penyerang terbabit amat memalukan.

“Kamu memalukan keluarga. Saya bersimpati terhadap Coleen. Perbuatan Rooney amat menjijikkan,” katanya dalam Twitter. - Agensi

No comments:

Post a Comment