Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

'Rooney kena serang'

WATFORD (England): Penyerang England, Wayne Rooney berlepas ke Switzerland bersama pasukan bagi mengharungi kempen kelayakan Eropah meskipun berdepan dakwaan skandal seks dipapar akhbar tabloid Britain.


GEMPAR...laporan akhbar Sunday Mirror yang disiarkan mengenai skandal seks Rooney.
GEMPAR...laporan akhbar Sunday Mirror yang disiarkan mengenai skandal seks Rooney.

Rooney berlatih seperti biasa bersama rakan sepasukan pagi semalam, beberapa jam selepas News of the World dan Sunday Mirror mendakwa bintang Manchester United itu beberapa kali menipu isterinya yang ketika itu mengandung dengan melanggan pelacur tahun lalu.
Menurut laporan Sunday Mirror, hubungan pemain itu dengan Jenny Thompson, 21, bermula Jun lalu dan mereka membuat pertemuan terakhir di Manchester, sebulan sebelum isteri Rooney, Coleen melahirkan cahaya mata pertama, Kai.

Ini kali kedua dalam tahun ini jurulatih England, Fabio Capello terpaksa menangani dakwaan dilempar terhadap salah seorang pemainnya.

Capello melucutkan jawatan John Terry sebagai kapten Februari lalu selepas akhbar mendakwa pemain itu menjalin hubungan terlarang dengan bekas teman wanita rakan sepasukannya di England, Wayne Bridge.

Capello menegaskan Terry tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada golongan muda khususnya kanak-kanak dan peminat.

Rooney berkahwin pada 2008, menjadi antara pasangan popular di Britain. Coleen mempunyai program TV dan kolum dalam majalah serta dianggap ikon fesyen.

Tidak ada komen terbaru mengenai dakwaan itu oleh Persatuan Bola Sepak atau Manchester United namun kelab Liga Perdana itu bersedia memberi sokongan kepada Rooney.

FA menegaskan, program berjalan seperti biasan dan Rooney kekal bersama pasukan sebelum terbang dengan skuad England ke Switzerland semalam bagi perlawanan kelayakan awal pagi esok.

“Dia melakukan latihan penuh pagi kelmarin. Kami melakukan sesi latihan penuh seperti biasa,” kata pemain sayap, James Milner.

Rooney memainkan peranan penting dalam kesemua empat gol dijaringkan England, Sabtu lalu yang kempen kelayakan Euro 2012 dengan bergaya, mengatasi Bulgaria 4-0 di Wembley.
“Dia pemain terbaik dan kami mahu membentuk pasukan terkuat,” kata Milner.

Rooney masih tidak menjaringkan gol sejak September lalu selepas mempamerkan aksi buruk di Piala Dunia hingga England tersingkir di pusingan kedua. - AP

No comments:

Post a Comment