Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Restoran jual air suam RM1 segelas

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan terhadap sebuah restoran makanan laut di Tanjong Tokong di sini yang menjual air suam pada harga RM1 segelas.



Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, M. Guna Selan berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai tindakan restoran itu mengenakan bayaran bagi air suam walaupun harganya tidak terdapat dalam menu.



Selain itu, beliau berkata, pelanggan tetap dikenakan bayaran bagi air suam walaupun mereka memesan makanan dan minuman lain.



“Semalam (kelmarin), sepasukan pegawai penguat kuasa kita menyiasat dakwaan itu dan mengunjungi restoran berkenaan dan meminta segelas air suam. Pegawai itu juga telah dikenakan bayaran RM1 bagi segelas air suam,” katanya di sini semalam

No comments:

Post a Comment