Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Rampas tudung tiruan RM33,000

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas tudung tiruan berjenama Ariani bernilai lebih RM33,000 dalam serbuan mengejut di sebuah kedai dalam sebuah kompleks beli-belah tekstil di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, petang semalam.


RAMPAS...beberapa pekerja mengumpulkan tudung yang dirampas.
RAMPAS...beberapa pekerja mengumpulkan tudung yang dirampas.

Tudung itu dikenal pasti diedarkan pengusaha premis terbabit secara pukal atau ‘kodi’ dengan nama ‘Alis’ kepada pelanggan yang terdiri daripada peniaga mahupun penjaja di sekitar Lembah Klang.
Pengarah Komunikasi Korporat Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Saiful Izhar Senawi, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perbuatan pemilik kedai terbabit melalui beberapa pelanggan setianya.

“Ada pelanggan kami (Ariani) yang mengadu berhubung beberapa kenalan mereka memperoleh tudung jenama sama yang dikeluarkan pihak kami, namun dengan harga serendah RM20...ia berbeza dari produk sebenar yang memiliki nilai ekslusif dan mampu mencecah RM100 sehelai.

“Justeru berdasarkan pemeriksaan dan siasatan kami menemui sebuah kedai yang dikenal pasti menjadi dalang pengedaran tudung jenama Ariani tiruan dan meletakkan pelekat mudah tanggal jenama lain iaitu ‘Alis’ pada bahagian atas tanda perniagaan kami,” katanya.

Saiful berkata, pihaknya mendapatkan perintah mahkamah dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi menghentikan penjualan barangan tiruan seumpama itu daripada berleluasa.

No comments:

Post a Comment