Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Pesawat terhempas, juruterbang terbunuh



07/09/2010 1:36pm

JOHOR BAHRU - Sebuah pesawat latihan terhempas di kawasan ladang berhampiran Gunung Pulai pagi tadi menyebabkan pelatihnya, seorang wanita, terbunuh.
Menurut laporan awal, jurulatihnya seorang lelaki, mengalami kecederaan dalam nahas pada 9.20 pagi itu.
"Daripada laporan saksi, enjin pesawat itu tidak berfungsi sejurus sebelum ia terhempas,” kata sumber polis.
Pesawat itu dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Senai pada 8.30 pagi tadi untuk latihan penerbangan di sekitar ruang udara Johor.
Jurulatih yang cedera itu serta mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kulaijaya.
Identiti kedua-dua mereka belum dikenal pasti. - Bernama

No comments:

Post a Comment