Search This Blog

Friday, September 24, 2010

Pelajar IPT tak mengaku salah buang mayat bayi


MELAKA 23 Sept. - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuang mayat bayi yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di Hospital Melaka, bulan lalu.
Ratinah Rahmat, 21, dari Permatang Duyong di sini membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mohd. Fairuz Johari.
Mengikut pertuduhan, Ratinah telah menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi lelaki secara sulit di dalam tandas perempuan Wad Kecemasan Hospital Melaka antara pukul 2.30 pagi dan 3 pagi, 17 Ogos lalu.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pada 23 Ogos lalu, pendakwaan telah dibuat terhadap wanita itu di wad bersalin hospital tersebut namun tiada sebarang pengakuan direkodkan ekoran tertuduh asyik menangis semasa pertuduhan dibacakan.
Pendakwaan dibuat di wad berkenaan kerana tertuduh ketika itu masih dirawat di situ.
Mohd. Fairuz kemudian menetapkan 2 November ini untuk sebutan semula kes tersebut sementara menunggu laporan perubatan mengenai kematian bayi itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hazura Hamid.

No comments:

Post a Comment