Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Mercun RM400,000 dirampas




Oleh YATIMIN ABDULAH

berita@kosmo.com.my





ANGGOTA pasukan PGA memunggah mercun dan bunga api yang dirampas di Kampung Rahmat, Rantau Panjang semalam.



--------------------------------------------------------------------------------





RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM400,000 di Kampung Rahmat di sini semalam.



Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Deputi Supritendan Kamaludin Kassim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, sepasukan anggota PGA menahan sebuah lori yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.



Menurut beliau, pemandu lori tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri semasa anggota PGA menghampiri lori berkenaan.



Katanya, pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa 140 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis yang dipercayai diseludup dari negara jiran.



“Kebanyakan mercun dan bunga api yang dirampas daripada jenis bola, mercun roket dan bunga api bintang,” katanya di sini semalam

No comments:

Post a Comment