Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Mayat bayi baru lahir ditemui di kawasan perumahan


15/09/2010 2:46pm

SIBU 15 Sept. – Mayat seorang bayi lelaki baru lahir yang dibungkus dalam kertas surat khabar ditemui dalam beg plastik hitam di satu lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi.
Menurut jurucakap polis, beg plastik itu ditemui oleh seorang wanita yang bekerja sebagai penjaja makanan yang baru pulang dari warungnya pada kira-kira pukul 10 malam, yang kemudiannya terus menghubungi polis.
Beliau berkata, polis percaya mereka yang terlibat datang ke kawasan perumahan itu dan membuang bungkusan tersebut dengan tergesa-gesa berdasarkan kepada keadaan beg plastik itu yang koyak rabak, yang mendedahkan kandungannya yang kelihatan berlumuran darah. – Bernama

No comments:

Post a Comment