Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Lelaki jatuh ‘melayang’


Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
2010/09/17 
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEREMBAN: Seorang wanita yang sedang menyidai pakaian di beranda rumahnya di tingkat sembilan Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Lobak, di sini, terkejut besar selepas melihat seorang lelaki ‘melayang’ di depannya, semalam.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, sejurus kemudian dia terdengar bunyi dentuman yang kuat apabila lelaki itu terjatuh di atas bumbung sebuah rumah di tingkat bawah flat berkenaan.
“Ketika itu, saya sedang menyidai pakaian sebelum ternampak seorang lelaki melayang di depan mata disusuli bunyi berdentum yang kuat.

“Sebaik terjatuh di atas bumbung, lelaki itu kemudian tercampak pula di atas jalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, beberapa penduduk lain yang menyedari kejadian berkenaan bergegas ke lokasi itu sebelum mendapati mangsa tertiarap berlumuran darah di kepala.

Penduduk segera menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa yang dikenali Wong Kee Kong, 54, dari Jalan Tan Sri Manickavasagam didapati mati di tempat kejadian akibat daripada kecederaan parah yang dialami di kepala dan badan.

Harian Metro difahamkan, beberapa kes yang sama pernah berlaku di rumah pangsa berkenaan sebelum ini.

Sepasukan anggota polis dilihat berada di tempat kejadian sebaik menerima panggilan kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Md Yusoff Awang yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada waris.

No comments:

Post a Comment