Search This Blog

Saturday, September 25, 2010

Laporan OCPD tertembak rakan dijangka selesai



KUANTAN 24 Sept. – Laporan siasatan berkaitan insiden Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed tertembak rakan sendiri ketika memburu di Hutan Lanchang, Pahang dijangka selesai minggu depan.
Ketua Polis negeri, Datuk Robiah Abdul Ghani berkata, laporan tersebut akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.
Menurut beliau, sehingga kini pihaknya masih meneruskan siasatan berkaitan kejadian itu.
“Apa pun saya tunggu arahan daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.
Dalam kejadian Sabtu lalu, Ahmad Fadzillah dipercayai tertembak Penolong Pegawai RISDA Maran, Che Abdul Ghani Medon, 49, semasa mereka berburu bersama
enam lagi lelaki lain di Hutan Lanchang dekat Kemasul, Temerloh.
Akibat kejadian itu, Che Abdul Ghani mengalami kecacatan buta mata kanan akibat terkena serpihan peluru yang dilepaskan Ahmad Fadzillah.
Berikutan itu juga, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam mengumumkan pertukaran Ahmad Fadzillah bagi memudahkan siasatan.
Ismail menjelaskan, pertukaran itu adalah mengikut prosedur biasa sebagaimana kes jenayah yang lain.

No comments:

Post a Comment