Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Lanun samun kapal dekat pulau Indonesia



KUALA LUMPUR - Sekumpulan lanun bersenjata pisau dan batang besi merompak sebuah kapal tangki Jepun di Laut China Selatan kelmarin, kata Biro Maritim Antarabangsa (IMB) di sini semalam.
Ketua Pusat Laporan Lanun IMB berpusat di Kuala Lumpur, Noel Choong berkata, kapal yang membawa muatan bahan kimia itu belayar dari Singapura menuju ke China sebelum disamun dekat perairan Pulau Mangkai, Indonesia.
Namun, 23 anak kapal tidak cedera dalam rompakan itu.
"Ini merupakan kali kedua kejadian serangan terbesar oleh kumpulan lanun di kawasan itu selepas Jun lalu. Banyak kes kapal dagang dilaporkan sering diserang sejak 20 hari lalu," katanya pada satu kenyataan.
Choong berkata, lanun itu didapati merompak sebanyak 27 kali di kawasan perairan itu yang meliputi Pulau Mangkai, Anambas dan Natuna sejak Februari lalu.
Jumlah serangan menurun selepas Tentera Laut Indonesia meningkatkan rondaan namun ia meningkat semula setelah rondaan dikurangkan.
Laut China Selatan terletak bersebelahan dengan Selat Melaka, laluan utama perdagangan dunia paling sibuk untuk lebih 50,000 buah kapal dagang pada setiap tahun.
Choong berkata, IMB turut menasihatkan semua kapal yang perlu melalui perairan itu untuk mengelak daripada menghampiri sekurang-kurangnya 45 batu nautika atau 83 kilometer dari Pulau Mangkai. - Reuters

No comments:

Post a Comment