Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Suasana hiba

KUALA LUMPUR: Suasana hiba masih menyelubungi kediaman jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, semalam, malah pagar banglo mewah berkenaan masih ditutup dan hanya kenalan rapat termasuk ahli keluarga terdekat yang dibenarkan memasuki kediaman berkenaan.
Selain ahli keluarga, beberapa orang kenamaan turut kelihatan hadir menziarahi keluarga mangsa termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Senator, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehingga jam 6 petang semalam, pekarangan kediaman berkenaan dikerumuni lebih 30 petugas media yang dikerumuni beberapa anggota polis peronda (MPV) berpakaian preman bagi memastikan keadaan berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment