Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Kabus punca helikopter terhempas



HELIKOPTER Agusta A109E milik Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat musnah setelah terhempas di sebuah ladang getah di Lanchang dekat Temerloh semalam.


TEMERLOH - Sebuah helikopter Agusta A109E milik Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sedang memantau trafik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) terhempas di ladang getah Felda Kuala Kaung di Lanchang dekat sini semalam.
Kemalangan pada pukul 10.10 pagi itu yang berpunca daripada kabus tebal di kawasan tersebut menyebabkan tiga anggota bomba cedera.
Mereka ialah juruterbang, Kapten Roslan Aziz, 30, yang mengalami kecederaan parah, Kuartermaster Udara Asrul Mohd. Nordin, 33, dan pembantu juruterbang, Khairil Azuan Jamaluddin, 30, kedua-duanya hanya mengalami cedera ringan.

No comments:

Post a Comment