Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Jejak pencuri RM80,000

SEREMBAN: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan seorang perompak yang melarikan wang tunai RM80,000 dari sebuah bank di Bandar Baru Nilai, minggu lalu.
Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Md Yusoff Awang, berkata setakat ini, polis sudah mendapatkan keterangan pengawal keselamatan dan kakitangan bank yang bertugas ketika kejadian.
“Siasatan awal polis mendapati hanya seorang lelaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesannya giat dilakukan.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan polis meminta kerjasama saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian jam 4 petang 9 September lalu, seorang penjenayah solo melompat masuk kaunter juruwang sebuah bank sebelum melarikan wang tunai.

No comments:

Post a Comment