Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Iran persoal dalang 11 September



DOHA - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mempersoalkan serangan di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 lalu dengan mendakwa, dalang sebenar di sebalik kejadian itu masih belum diketahui dengan jelas sehingga kini.
"Sesuatu berlaku di New York dan masih tiada sesiapa yang tahu siapakah perancang utama kejadian itu," kata Mahmoud kepada sekumpulan diplomat dan editor akhbar dalam satu lawatan singkat ke Qatar lewat kelmarin.
"Tiada badan bebas yang dibenarkan untuk cuba mengenal pasti dalang serangan itu. Mereka (AS) menyatakan pengganas telah bersembunyi di Afghanistan dan pihak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah menyerang Afghanistan," kata Mahmoud.
"Mereka kata 2,000 orang maut di World Trade Centre di New York tetapi di Afghanistan, setakat ini lebih 110,000 orang awam dibunuh," kata Mahmoud yang meragui militan Al-Qaeda sebagai dalang serangan pada 2001 itu.
Pada Mac lalu, media rasmi Iran melaporkan Mahmoud merujuk insiden serangan terhadap AS pada 11 September itu sebagai satu pembohongan besar.
Iran kini menghadapi pelbagai sekatan baru oleh negara-negara Barat kerana isu program nuklearnya manakala Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan keempat pada 9 Jun lalu.
Pihak Barat mengesyaki program nuklear Iran itu dibuat bagi melindungi projek senjata atom namun Teheran berulang kali menafikan dakwaan itu dan menjelaskan ia cuma loji tenaga dan bukannya bukan untuk kegunaan ketenteraan. - AFP

No comments:

Post a Comment