Search This Blog

Friday, September 24, 2010

Geng Han Taiko berkubur



TIMBALAN Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Adnan Azizon menunjukkan kereta-kereta curi yang dirampas daripada lapan lelaki di Batu Pahat, Johor semalam.


BATU PAHAT – Polis menumpaskan Geng Han Taiko yang giat mencuri kereta di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu selepas menahan lapan lelaki dalam operasi khas di beberapa kawasan selama lima hari yang berakhir Isnin lalu.
Dengan tertangkapnya lapan suspek berusia antara 28 dan 38 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes curi kereta yang dilaporkan di daerah ini.
Difahamkan, suspek menggunakan taktik memerhati sebelum mengumpil pintu kereta dalam tempoh 10 saat sahaja menggunakan kunci yang diubahsuai sebagai modus operandi mereka.
Biasanya kegiatan itu akan dilakukan berdua di mana salah seorang ditugaskan untuk mengawasi keadaan sekeliling manakala seorang lagi mengumpil kereta sebelum menukar nombor pendaftaran.
Mereka digelar Geng Han Taiko kerana ketua kumpulan itu yang berusia 32 tahun dikenali sebagai Ah Han. Biasanya, mereka akan mencuri kereta yang diletakkan di tempat-tempat sunyi termasuk di kawasan meletak kenderaan di pusat beli-belah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, selain tangkapan, polis turut merampas lapan buah kereta yang dicuri suspek.

No comments:

Post a Comment