Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Dua terbunuh kereta api rempuh trak di Sepanyol



07/09/2010 3:14am

MADRID 7 Sept. - Dua orang terbunuh dan lapan yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah trak muatan berat yang membawa sisa buangan di barat daya Sepanyol, semalam.
Jurucakap daerah bagi Kementerian Dalam Negeri Sepanyol berkata, perlanggaran itu berlaku kira-kira pukul 1 petang (7 malam waktu tempatan) berhampiran bandar Carmonita, 90 kilometer dari sempadan Portugal.
Trak besar itu digunakan bagi kerja-kerja pembinaan kereta api laju Sepanyol yang dihubungkan dengan Portugal ketika kereta api daerah tiga gerabak tersebut merempuhnya dan menyebabkan sebahagian trak tersebut terangkat ke atas bumbung keretapi.
Pasukan kecemasan dikerah untuk membersihkan kenderaan yang terlibat dan pasukan penyiasat sedang mengenal pasti punca berlaku kemalangan tersebut. - AP

No comments:

Post a Comment