Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Dua kubur 100 tahun digali semula



DUA orang pekerja mengutip tulang dari salah sebuah kubur di Jalan Batas Baru untuk dipindahkan ke Jalan Pusara di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Kubur milik dua orang bekas penterjemah istana di Terengganu pada era pemerintahan Sultan Zainal Abidin III telah digali dan ditempatkan semula di tanah perkuburan Jalan Pusara di sini semalam.
Rangka Lim Kim Chee yang hidup pada tahun 1862 hingga 1874 dan anak lelakinya Lim Kim Chow (1875 hingga 1908) telah dipindahkan dari lokasi asal di Jalan Batas Baru dekat sini.
Kerja-kerja menggali semula dan pemindahan dua batu nisan serta rangka itu telah disaksikan oleh waris keluarga Lim serta Ketua MCA negeri, Toh Chin Yaw.

No comments:

Post a Comment