Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Dilihat beli petrol dua kali seminggu di Tanjung Sepat


KUALA LANGAT 16 Sept. – Salah seorang suspek kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain pernah dilihat membeli petrol dalam kuantiti yang banyak di sebuah stesen minyak di Tanjung Sepat, kira-kira 5 kilometer dari lokasi kejadian.
Salah seorang pekerja stesen minyak yang tidak mahu dikenali berkata, suspek yang berambut panjang dilihat pernah membeli petrol dari stesen minyak itu sekurang-kurangnya dua kali seminggu mulai Mei lalu.
Katanya, dia langsung tidak mencurigai tindakan suspek itu sehinggalah berita mengenai pembunuhan usahawan wanita itu disiarkan dalam akhbar.
“Selalu juga saya nampak dia (suspek) mengisi petrol dalam satu botol plastik sebesar roda kereta Kancil untuk dibawa pulang. Kita boleh nampak dia di stesen ini dua kali seminggu,” katanya.

No comments:

Post a Comment