Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Dihempap besi 300kg

MELAKA: Seorang pekerja kilang memproses besi di Krubung, dekat sini, terbunuh apabila kepalanya dihempap rangka besi konkrit seberat kira-kira 300 kilogram ketika cuba mengangkat bahan berkenaan menggunakan forklif, kelmarin.


SEDIH...ahli keluarga mendiang Santokh Singh (gambar kecil) menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Melaka, semalam.
SEDIH...ahli keluarga mendiang Santokh Singh (gambar kecil) menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Melaka, semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Santokh Singh, 26, yang bekerja lebih masa sedang mengangkat rangka besi sepanjang kira-kira 20 meter itu menggunakan jentera berkenaan dalam kawasan kilang.

Adik mangsa, Pritam Singh, 24, bersama tiga pekerja lain serta pemilik kilang, Ter Yew Hua, 48, turut berada di kilang berkenaan ketika kejadian.

Menurut Pritam yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka, semalam, sebelum kejadian, abangnya melakukan kerja-kerja memproses besi sebelum dia mengambil alih tugas berkenaan.

“Saya sedang mengorek lubang pada besi keluli sebelum abang mengangkat besi seberat kira-kira 300 kilogram itu menggunakan forklif untuk dibawa ke satu tempat di kilang berkenaan untuk diproses.

“Dia memang mahir mengendalikan jentera itu, cuma saya difahamkan dia terpaksa mengangkat rangka besi itu tinggi sedikit kerana ada banyak barangan lain di lantai.
“Disebabkan itu, rangka besi itu menjadi tidak stabil dan abang terpaksa turun dari forklif untuk membetulkannya supaya tidak jatuh dan ketika itu bahan berkenaan menghempapnya,” katanya yang turut bekerja di kilang sama sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia juga difahamkan ketika cuba membetulkan rangka besi berkenaan, abangnya tiba-tiba tergelincir sebelum rangka besi itu jatuh lalu menghempap kepalanya.
Menurutnya, dia pada mulanya tidak tahu di mana abangnya berada sebelum melihat dua pekerja berlari seperti berlaku kejadian tidak diingini.

“Saya kemudian bergegas untuk melihat kejadian yang berlaku dan terkejut melihat abang terbaring di lantai dengan mukanya pecah dan berlumuran darah.

“Ketika itu abang sudah tidak lagi bernyawa dan saya cuba memangkunya sebelum majikan dan pekerja lain datang membantu mengangkatnya ke dalam kereta.

“Saya dan majikan serta seorang pekerja lain terus membawa abang ke wad kecemasan Hospital Melaka dan doktor yang memeriksa mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

No comments:

Post a Comment