Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Didakwa sebabkan kecederaan, kelucahan



07/09/2010 2:57pm

KUALA LUMPUR – Seorang penari kebudayaan dan seorang anggota polis bantuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini terhadap sembilan pertuduhan, termasuk memaksa tiga warga Sri Lanka melakukan kelucahan melampau dengan orang lain.
Bagi pertuduhan pertama sehingga ketiga, M. Elil Valavan, 20, dan A. Francis Xavier, 22, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas menyebabkan kecederaan terhadap Samsudeen Seiyadu Ana Mohamadu, Mohammad Mihilar Noor Mohamed Thashin, dan Sehu Mohidden Sharifdeen Sahid, dengan menggunakan batang paip, kabel wayar dan alat pembakar.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan keempat sehingga keenam, mereka didakwa dengan niat jahat melakukan pengurungan secara salah terhadap kesemua mangsa itu dengan melakukan pemerasan untuk mendapatkan sejumlah wang daripada keluarga mangsa.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 347 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketujuh sehingga kesembilan, mereka didakwa memaksa ketiga-tiga masing itu melakukan kelucahan dengan orang lain mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun yang sama, dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di sebuah flat di Jalan Nenas, Tanah Gantian Sungai Tua, Gombak, antara 7 malam 26 Ogos dan 6.30 petang 28 Ogos lepas.
Majistret Muhammad Najib Ismail membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

No comments:

Post a Comment