Search This Blog

Sunday, September 5, 2010

Buruh dihempap traktor maut

KUANTAN: Nasib malang menimpa seorang buruh dipercayai warga Indonesia apabila maut dihempap traktor dipandunya di Jalan Ladang Blok 29, Felda Krau, Raub, kelmarin.
Pegawai Penguatkuasa Tadbir/ Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, mangsa yang gagal menyelamatkan diri dan dihempap traktor itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan.

Katanya, kejadian menimpa mangsa disedari rakan sekerja di tempat kejadian dan mereka mengeluarkan mayat lelaki itu sebelum dihantar ke Hospital Raub.

No comments:

Post a Comment