Search This Blog

Saturday, September 25, 2010

Bukti rakaman ke Bukit Aman



KUALA LUMPUR - S. Usharani, isteri ahli perniagaan India, Allal Khatan Muturaja yang disahkan mati dibunuh mengotakan janjinya semalam apabila menyerahkan sebuah telefon bimbit yang mengandungi dua fail rakaman perbualan antaranya dengan dua lelaki berhubung kehilangan suaminya Januari lalu.
Usharani menyerahkan rakaman tersebut kepada seorang pegawai dari Bahagian Perhubungan Awam Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd. Zaki Abu Bakar.
Usharani, 24, tiba di Ibu pejabat polis itu pukul 11.30 pagi dengan ditemani Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.
Telefon bimbit tersebut dipercayai mengandungi rakaman suara seorang lelaki yang kini ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lelaki.
Rakaman itu berkisar mengenai kehilangan suaminya yang gagal dikesan sejak Allal Khatan datang ke negara ini Januari lalu dan perbualan di antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya 'Asisten Supritendan Suresh' dari Bukit Aman yang meminta wang berjumlah 10 lakhs (RM1 juta) jika Usharani mahu membebaskan suaminya yang kononnya ditahan kerana mengedar ketamin.
Menurut Usharani, beliau juga akan memfailkan kes kehilangan suaminya itu kepada mahkamah tinggi di Madras.
Dalam perkembangan yang sama, Usharani memberitahu, adiknya, Kasi Visvanathan akan dipanggil untuk memberi keterangan manakala ibu dan bapa suaminya akan tiba untuk diambil sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Usharani dipanggil semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk direkodkan keterangannya selama empat jam bermula pukul 5 petang semalam.
Ia dilakukan selepas polis mendapati terdapat percanggahan dalam keterangan terdahulu.

No comments:

Post a Comment