Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Bapa 10 anak maut nahas 'pelik'

KUALA TERENGGANU: “Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri,
MAUT...anggota polis memeriksa mayat Sulong (gambar kecil) yang terbunuh selepas motosikalnya merempuh  rumah kakaknya.
MAUT...anggota polis memeriksa mayat Sulong (gambar kecil) yang terbunuh selepas motosikalnya merempuh rumah kakaknya. bagi saya sekeluarga sambutan tahun ini suram kerana ayah sudah pergi selama-lamanya.

“Walaupun arwah sempat menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan menyediakan segala kelengkapan raya untuk kami 10 beradik, namun sambutan tahun ini sudah tidak bermakna bagi kami yang sepatutnya mencium tangannya pada pagi lebaran,” kata Mohd Asnazir Sulong, 23.

Bapanya, Sulong Ibrahim, 50, maut selepas motosikal ditungganginya merempuh rumah jiran mereka yang juga kakak mangsa ketika membaiki motosikal itu bersama seorang lagi anak lelakinya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Petai Bubus, Manir, dekat sini, ketika adik Mohd Asnazir, Mohd Azlin, 19, menolak motosikal yang dibaiki manakala bapa mereka menunggangnya untuk membolehkan enjin kenderaan itu dihidupkan.

“Bagaimanapun sebaik motosikal itu berjaya dihidupkan, ia meluncur laju lalu merempuh rumah di depannya sebelum terperosok di bawah rumah berkenaan menyebabkan beberapa ahli keluarga termasuk ibu, Sabidah Ismail, 47, yang terdengar dentuman akibat pelanggaran itu berkejar ke situ.

“Ketika itu, kami sudah tidak mampu berbuat apa-apa kerana ayah sudah nazak dan tidak sedarkan diri dan hanya badannya bergerak-gerak sebelum akhirnya terhenti,” katanya.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku akibat tali minyak motosikal berkenaan dikatakan gagal berfungsi dengan baik kerana terlekat menyebabkan motosikal berkenaan meluncur laju sebaik enjinnya hidup tanpa dapat dikawal mangsa.

Akibatnya, kenderaan itu merempuh rumah kakak mangsa dan kesan perlanggaran itu menyebabkannya cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Mohd Asnazir berkata, bapanya menunjukkan perubahan sikap apabila arwah sebelum ini serius tiba-tiba berubah menjadi seorang yang periang sejak beberapa hari lalu.

Sebelum membaiki motosikal anaknya, arwah dikatakan baru pulang dari klinik berhampiran untuk mengambil ubat darah tinggi sambil ditemani isterinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes itu adalah kematian pertama yang dilaporkan di Kuala Terengganu sejak Ops Sikap ke-22 dilancarkan.

No comments:

Post a Comment