Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Anak sulung Sosilawati semakin tenang


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh bersama tiga lelaki lain, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 25, dilihat lebih tenang berbanding beberapa hari lepas.
Pemerhatian Utusan Malaysia di kediaman keluarganya mendapati, siswazah pengurusan perniagaan daripada sebuah universiti di Britian itu sudah mampu tersenyum dan keluar rumah, malah turut menghantar tetamu yang menziarahi keluarganya hingga ke depan pintu kereta mereka.
Erni atau dikenali sebagai Rita yang dilihat memakai baju kurung berwarna kuning keemasan dan berselendang hitam juga melemparkan senyuman kepada tetamu lain dan tidak lagi berkurung dalam rumah seperti mana pada hari pertama ibunya dilaporkan dibunuh Ahad lepas.
Pada hari tersebut, Rita hanya tampil dalam sidang akhbar selama kira-kira dua minit sejurus selepas pengumuman polis tentang pembunuhan ibunya.
Dua hari lalu, Rita turut dilihat pergi ke pejabatnya di Kampung Baru untuk satu urusan dengan memakai baju kurung berwarna biru lengkap berselendang dan berkaca mata hitam besar.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya bersedia membantu Rita sekiranya anak sulung usahawan itu memerlukan bantuan pihaknya.
"Kita bersedia untuk membantu termasuklah aspek publisiti jika Rita inginkan bantuan untuk meluaskan lagi empayar perniagaannya," katanya selepas melawat anak-anak Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment