Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Amah masukkan sendiri paku, jarum dalam tubuh

RIYADH: Seorang pakar perubatan kanan Sri Lanka yang juga pensyarah universiti berkata semalam, seorang pembantu rumah rakyat negara itu mungkin memasukkan sendiri paku dan jarum ke dalam tubuhnya dalam usaha melarikan diri daripada majikannya.
“Saya tidak menafikan dia didera oleh majikannya di Arab Saudi. Dan dia juga mungkin memasukkan paku dan jarum itu ke dalam tubuhnya sendiri sebagai cara untuk melarikan diri daripada majikannya,” kata Dr Susirith Mendis dari University Ruhuna ketika diwawancara menerusi telefon.
Kes membabitkan LT Ariyawathi, pembantu rumah warga Sri Lanka berusia 49 tahun menarik tumpuan antarabangsa selepas 24 paku dan jarum ditemui di dalam kaki, lengan, tangan dan dahinya.

Ariyawathi mendakwa majikannya, sepasang suami isteri, menekan masuk paku dan jarum itu kerana menghukumnya sejak dia mula bekerja dengan mereka Mac lalu.

Pegawai Sri Lanka mendesak siasatan penuh dijalankan tetapi Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Arab Saudi menyifatkan dakwaan itu tidak berasas. - Agensi

No comments:

Post a Comment