Search This Blog

Friday, September 10, 2010

Air mata ibu berlinangan terkenang anak hilang ketika sahur

MELAKA: Hanya linangan air mata menghiasi kemeriahan 1 Syawal kepada keluarga Zambri Zangee, 44, hari ini apabila anak sulungnya, Nurul Atiqah, 16, menghilangkan diri dengan meninggalkan rumah ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, Rabu lalu.
Kehilangan Nurul Atiqah masih misteri kepada keluarga terbabit terutama ibunya, Nuraspalela Abdullah Sani, 35, berikutan anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda akan meninggalkan mereka selepas bersama-sama menyediakan persiapan termasuk memasang langsir rumah.
Zambri yang menetap Kampungku Sayang, Bukit Baru, di sini, yang menangisi kehilangan anak sulungnya, berkata kehilangan Nurul Atiqah hanya disedari isterinya ketika mahu mengejutkan mereka keluarga bersahur kira-kira jam 4 pagi.

Menurutnya, ketika itu, pelajar Sekolah Menengah St David itu didapati tiada dalam biliknya dan semua anaknya termasuk anak kedua, Nurul Syazwina, 10, yang tidur sebilik dengannya langsung tidak menyedari ketiadaan kakaknya.

Katanya, dua adiknya yang lain, Mohd Zulhelmi, 15, dan Mohd Zuhairi, 8, turut gagal mengesan kehilangan kakak mereka sambil menyatakan tiada sebarang perubahan kepada kakaknya ketika berbuka kali terakhir bersama.

Zambri membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Bukit Baru.

No comments:

Post a Comment