Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

17 maut protes gereja AS bakar al-Quran



SRINAGAR - Seramai 17 orang termasuk seorang anggota polis maut dalam rusuhan di Kashmir selepas penunjuk perasaan bertindak membaling batu kepada polis, menjadikannya sebagai peristiwa paling berdarah dalam tempoh tiga bulan di wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Muslim itu. 

Polis menembak mati 17 penunjuk perasaan anti-India yang bertindak melanggar arahan perintah berkurung dan seterusnya membakar sebuah sekolah mubaligh kerana membantah tindakan membakar al-Quran di Washington, kelmarin. 

Dalam perkembangan lain, kabinet India turut mengadakan pertemuan di New Delhi untuk membincangkan langkah meredakan ketegangan di negara bergolak itu. 

Bagaimanapun tiada sebarang keputusan dicapai dan pertemuan lain akan diadakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi menghentikan kekejaman yang turut mengorbankan seramai 84 orang awam sejak Jun lalu. 

Sejak 1990, seramai 47,000 orang terkorban dalam pemberontakan anti-India di New Delhi.

No comments:

Post a Comment