Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

11 peluru tembus badan

IPOH: “Setahu saya, adik saya tidak mempunyai masalah dengan sesiapa pun. Apa yang boleh saya gambarkan, adik saya seorang peramah dan rapat dengan semua ahli keluarga,” kata K Murugesvaran, 33, abang kepada K Vijayan, 30, mangsa maut ditembak kira-kira 11 das dalam kejadian di Batu Gajah, kira-kira 2.40 pagi semalam.


TEMBUS...seorang saudara terdekat mangsa menunjukkan kesan tembakan yang meragut nyawa Vijayan (gambar kecil).
TEMBUS...seorang saudara terdekat mangsa menunjukkan kesan tembakan yang meragut nyawa Vijayan (gambar kecil).

Dalam kejadian di Taman Mewah Indah, Batu Gajah itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas tembakan mengenai rusuk dan leher mangsa selepas menghadiri majlis perkahwinan rakannya di taman perumahan itu.
Murugeswaran berkata, adiknya masih bujang dan kini menguruskan ternakan ikan tilapia dan kambing, sejak tiga tahun lalu.

“Kali terakhir saya menemuinya tengah hari semalam (kelmarin) iaitu ketika dia datang menemui saya di rumah keluarga kami di Kampung Ara Payung untuk meminjam pengecas telefon.

“Ketika itu, saya sempat menemuinya sebelum melihatnya bergegas keluar,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Katanya, Vijayan anak bongsu daripada lima beradik dan sepanjang mengenalinya, adiknya itu tidak mempunyai apa-apa masalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, suspek melepaskan 12 das tembakan dan 11 damengenai tubuh mangsa manakala, satu tersasar ke atas jalan raya.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan rakannya di taman perumahan berkenaan sebelum singgah di salah sebuah rumah rakannya untuk minum.

“Ketika minum, tiba-tiba datang dua lelaki bermotosikal dan menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi menggunakan pistol jenis 9mm ke arah mangsa.

“Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal sebaik melepaskan tembakan itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sehingga kini, katanya, pihaknya masih menyiasat sama ada kes itu bermotifkan urusan perniagaan atau perselisihan faham perkara lain yang mempunyai hubung kait dengan kes itu.
Najib berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihaknya akan meneruskan usaha mencari suspek.
Berikutan itu, polis kemudian bertindak mengesan suspek dan sejam selepas kejadian itu, tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 37 tahun ditahan di sekitar Batu Gajah dan semua mereka kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut, bermula semalam.

Najib berkata, sebuah motosikal turut dirampas bagi membantu siasatan manakala, senjata apidigunakan suspek menembak mangsa masih gagal ditemui.

Justeru, katanya, polis meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah di 05-3662222 bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment