Search This Blog

Thursday, August 26, 2010

Wanita buang kucing diugut bunuh



GAMBAR menunjukkan detik-detik Mary Dale membuang seekor kucing di Coventry, Britain baru-baru ini.

COVENTRY, London – Mary Bale, wanita berusia 45 tahun yang aksinya membuang seekor kucing ke dalam sebuah tong sampah dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) terkejut apabila perbuatannya itu mendapat liputan meluas di seluruh dunia.
Tindakannya itu nyata menimbulkan kemarahan, termasuklah ugutan bunuh. Bagaimanapun, Bale mendakwa perbuatannya itu sengaja diperbesar-besarkan.
“Saya tidak tahu apa yang perlu dikecohkan. Ia cuma seekor kucing. Saya rasa semua orang bersikap berlebih-lebihan,” kata Bale yang bimbang ahli keluarganya akan marah.
Kucing berumur empat tahun bernama Lola itu ditemui semula oleh tuannya, Darryl Mann selepas 15 jam berada di dalam tong sampah. Mann kemudian membuka satu akaun Facebook untuk menjejaki Bale dan telah menarik minat lebih 18,000 orang ahli.
Mann juga berharap Bale akan dibawa ke muka pengadilan. Pihak polis kini sedang meneruskan siasatan mereka.
Walaupun mengakui dia tidak patut berbuat demikian, Bale bagaimanapun menyatakan dia tidak sewajarnya ‘dibenci’ oleh semua orang. Ibunya, Celia Bale, 78, pula menegaskan bahawa anak perempuannya itu ’sukakan’ kucing dan pernah mempunyai haiwan itu sewaktu kecil. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment