Search This Blog

Thursday, August 12, 2010

Sisa runtuhan bentuk takungan berbahaya



ZHOUQU, China 11 Ogos - Pasukan penyelamat hari ini berusaha mengalirkan air dari sebuah tasik yang terbentuk akibat sekatan sisa runtuhan bagi mengelak berlakunya banjir baru, ketika harapan untuk menemui mangsa yang selamat semakin tipis.
Lebih 10,000 anggota tentera dan petugas penyelamat menjalankan operasi mencari di sebuah kawasan pedalaman di wilayah barat laut Gangsu yang ditenggelami lumpur hujung minggu lalu, yang mengorbankan 700 nyawa dan menyebabkan 1,000 masih hilang.
Namun, selepas 72 jam berlakunya gempa bumi di daerah Zhongu, harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup semakin tipis, menyebabkan kerajaan memberi tumpuan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih banyak dalam bentuk banjir baru dan kemungkinan penyebaran wabak penyakit.
Pihak tentera terpaksa menggunakan jentera pengorek dan bahan letupan bagi membersihkan sisa-sisa runtuhan yang menyekat aliran sungai Bailong yang menuju sepanjang daerah Zhouqu.
Pihak berkuasa wilayah yang telah mengurangkan isipadu tasik kepada separuh turut memindahkan penduduk yang tinggal di kawasan paling berisiko.
"Banjir lumpur jauh lebih dahsyat daripada gempa bumi. Hanya satu peratus peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup di situ," dipetik daripada seorang penyelamat lapor agensi berita Xinhua.
Sekurang-kurangnya beratus-ratus mayat di letakkan di sebuah bilik mayat sementara, bagi menunggu proses pengecaman.
Kebanyakannya mayat itu ditutup, namun sebuah tempat yang membiarkannya terbuka menyebabkan para penduduk terpaksa menutup hidung bagi menahan bau busuk tersebut.
Beratus-ratus pekerja perubatan telah dihantar ke kawasan bencana itu bersama-sama pakar-pakar pencegahan wabak ketika risau terhadap penularan wabak melalui air.
Berpuluh-puluh ribu warga Zhouqu hidup tanpa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi, ditambah pula apabila kebanyakan jalan yang menghubungkan kawasan tersebut telah musnah.
Seorang pekerja pasukan Palang Merah berkata, ia adalah sukar untuk mencari tapak yang selamat untuk mendirikan khemah. - AFP

No comments:

Post a Comment