Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Sembilan cedera dalam letupan kenderaan di Bogota





13/08/2010 2:38am

BOGOTA 13 Ogos – Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dalam satu letupan kenderaan di utara bandar raya ini semalam, sekali gus memberi tamparan awal kepada Presiden baharu Colombia, Juan Manuel Santos.
Letupan yang turut merosakkan bangunan itu berlaku pada pukul 5.30 pagi (8.30 malam waktu Malaysia) berhampiran bangunan pejabat stesen Radia Caracol.
Santos yang baharu dilantik menjadi Presiden Sabtu lalu bergegas ke tempat kejadian dan mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan goyah dengan tindakan seperti pengganas ini. – AFP

No comments:

Post a Comment