Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Remaja hilang kini berada di Afrika




Roslah dan suaminya, Musa menunjukkan gambar Nur Dhiya Ain yang hilang kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang remaja, Nur Dhiya Ain Rosman, (gambar kecil), 19, yang tidak pernah berpisah dengan keluarga menghilangkan diri secara tiba-tiba dari rumahnya di Brickfields Isnin lalu dipercayai diperalat oleh sindiket dadah antarabangsa.
Perkara tersebut hanya diketahui ibunya, Roslah Abdul Jani, 43, pada pukul 12 tengah malam hari yang sama selepas Nur Dhiya Ain menghubunginya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Melaka.
Roslah mendakwa, dalam perbualan kurang daripada satu minit itu, anak kedua daripada empat beradik yang mesra dipanggil Baby mendakwa dia akan berlepas ke Afrika.
“Dia bercakap dengan saya seperti tergesa-gesa dan terus mematikan talian tanpa sempat saya bertanya lebih lanjut.
“Katanya hendak pergi berjalan-jalan di Afrika dan minta saya doakan dia selamat pergi dan pulang,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pemuda UMNO di sini semalam.
Bercerita lanjut, Roslah berkata, sebaik talian diputuskan, dia cuba menghubungi semula tetapi gagal lalu dia bersama suami, Musa Abu Chik kemudiannya pergi membuat laporan di Balai Polis Brickfields.
“Saya tidak tahu bagaimana dia boleh berani pergi ke luar negara sedangkan di dalam negara pun saya menemani dia jika hendak ke mana-mana.
“Lagipun dia ada penyakit Hipertensi (Hypertension Acute) dan perlu makan ubat setiap hari,” katanya sambil menitiskan air mata.

No comments:

Post a Comment