Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Rasidi dakwa dia 'Rasulullah'



SEREMBAN – Mysharah Ismail, bekas tunang Rasidi Ismail, 32, yang dituduh membunuh empat sekeluarga di Gemencheh, 5 Januari lalu, berkata, Rasidi pernah menghubunginya menerusi telefon selepas insiden pembunuhan itu. 

Menurut saksi ke-15 itu, Rasidi memaklumkan ibu, bapa, abang kedua dan adik lelakinya sudah meninggal dunia. 

"Saya bertanya Rasidi mengenai jumlah individu yang dikatakan mati. Dia jawab perkara itu benar sambil mendakwa dirinya adalah Rasulullah. 

"Kemudian saya menghentikan perbualan dengan memutuskan talian telefon,” katanya. 

Perbicaraan memasuki hari ketiga menyaksikan Rasidi dipangggil membela diri, selain dua saksi pembelaan lain iaitu bekas majikan, Azhar Johari, dan bekas tunangnya, Mysharah. 

Sementara itu, Rasidi berkata, dia kerap beroleh visual tulisan di dinding yang menjadi perantara perhubungan antara alam hidup dan alam mati beberapa hari sebelum pulang ke Kampung Batang Rokan di Gemencheh, Tampin, kira-kira jam 11 malam, 4 Januari lalu. 

“Setelah hari siang, saya mendapat arahan daripada tulisan di dinding rumah menyuruh saya membunuh dajal yang memasuki badan nenek saya dan membunuh syaitan yang memasuki badan datuk saya,” kata Rasidi Ismail, 32, ketika membuat kenyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. 

Menurutnya, dia juga diberitahu mengenai kematian ahli keluarga iaitu ayah, emak, abang dan adik. 

"Visual berkenaan memaparkan ayah saya diangkat ke langit menyebabkan ibu terperanjat lalu meninggal dunia, sementara abang kedua saya bertukar menjadi batu dan adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. 

“Walaupun semuanya meninggal dunia, saya masih boleh berhubung dengan mereka melalui perbualan daripada hati ke hati. Kerap ayah menyatakan agar saya bersabar dan banyak berselawat,” katanya. 

Menurutnya, berita sedih itu kemudian disampaikan menerusi percakapan telefon kepada individu dianggap paling hampir dengannya iaitu Mysharah

No comments:

Post a Comment