Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Pembunuh budak kena bela diri



Mohd. Fazli


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil membela diri atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari di Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 25 Februari lalu.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
“Saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di mana sekiranya orang kena tuduh (OKT) berdiam diri, saya tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan mengikut undang-undang,” katanya.
Mohd. Fazli, 28, yang merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa, Siti Nurhanim Aziz, 25, memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi mulai 16 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment