Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Pemanasan global cetus bencana





2010/08/12

SEORANG wanita meratapi  mayat anaknya  dibaluti selimut  yang menjadi korban tanah runtuh di  Zhouqu, wilayah  Gansu.
SEORANG wanita meratapi mayat anaknya dibaluti selimut yang menjadi korban tanah runtuh di Zhouqu, wilayah Gansu.
Pakar PBB dakwa banjir landa Pakistan, China terburuk dalam sejarah

LONDON: Pakar perubahan iklim berkata, fenomena pemanasan global kemungkinan menjadi punca tercetusnya banjir besar di Pakistan, kebakaran hutan di Russia dan tanah runtuh di China sekarang.

Hampir 14 juta orang terjejas oleh banjir di Pakistan menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian tsunami 2004 dan gempa bumi di Kashmir dan Haiti.
Bencana banjir terbaru itu yang dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terburuk dalam sejarah terdekat, disebabkan oleh kehadiran supercharged jet stream atau gelungan besar angin kencang yang juga dikatakan menjadi punca banjir di China dan cuaca panas berpanjangan di Russia yang menyebabkan kebakaran hutan.

No comments:

Post a Comment