Search This Blog

Thursday, August 26, 2010

Pelajar diberi tugasan membunuh




2010/08/26

Guru di Australia arah rancang serangan pengganas terhadap orang awam

ADELAIDE: Seorang guru sekolah tinggi yang mengarahkan anak muridnya merancang satu serangan pengganas yang akan membunuh seberapa ramai mangsa tidak berniat mempromosi keganasan menerusi latihan kelas itu, kata pengetua sekolah semalam.

Pelajar Tahun 10 di Sekolah Tinggi Komuniti Kalgoorlie-Boulder di Barat Australia diberi tugasan itu minggu lalu dalam kelas berkaitan konflik sementara dan keganasan.Mereka diminta berlakon sebagai pengganas yang melepaskan bahan kimia atau biologi terhadap sekumpulan masyarakat Australia, menurut satu salinan tugasan diterima akhbar Barat Australia.Tugasan itu termasuk memilih masa terbaik untuk menyerang dan menerangkan pilihan mangsa dan apa kesan serangan.

Sasaran anda ialah membunuh paling ramai orang bagi memastikan mesej sampai, tulis tugasan itu.

Pengetua Terry Martino berkata, beliau menarik balik tugasan itu sejurus mendengarnya.

Guru itu yang secara relatif tidak berpengalaman, berniat baik namun tersalah anggap cubaan mengaitkan pelajar dalam tugasan berhubung konflik, kata Martino dalam ulasan disediakan Jabatan Pendidikan negeri. 
Guru itu menyesal dan memahami topik itu tidak wajar. Sekolah berkenaan enggan mendedahkan identiti guru itu.

Pengarah Jabatan Pendidikan meminta laporan penuh insiden itu yang didedahkan dalam satu artikel muka depan dalam akhbar Barat Australia semalam.

Pelajar Sarah Gilbert, 15, memberitahu akhbar, dia amat terkejut dengan tugasan yang diberikan.

Gilbert yang ibunya kehilangan saudara dalam pengeboman Bali pada 2002 menulis surat kepada guru itu dan enggan melakukan tugasan. AP 

No comments:

Post a Comment